Selasa, 12 April 2011

KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA, SAYANGKAH ANDA DENGAN IBU ANDA?



("KEMANAKAN AGAKNYA ANAK-ANAK YANG TELAH KU BESARKAN?")

Kalau dulu kita pernah mendengar cerita si Tanggang Anak Durhaka, tidak mustahil hari ini ramai anak yang hampir sama dengan si Tanggan. Kalau tak melawan cakap ibu, terdapat sesetengahnya melupakan ibunya. Mereka ini kalangan manusia tidak pernah mengenang jasa kedua ibu dan bapa. Ada yang sanggup menghantar ibu dan bapa ke rumah orang tua. Ada yang langsung tidak pulang kekampung menjenguk kedua ibu bapa mereka sehinggalah hari kematian, barulah mereka sedar bertapa kedua ibu bapa itu sebutir permata yang tidak ternilai rupanya.

Ibu dan bapa, semakin tua nilainya amat tinggi, mereka ini ibarat Quran buruk, di baca tak boleh dibuang pun tidak boleh. Doa ibu terlalu indah dan tinggi disisi Allah. Apakah kita sedar semasa kedua mereka masih hidup ini wajib bagi kita membahagikan hati mereka seperti mana mereka membahagikan kita dari kaki sebesar ibu jari hinggalah kita besar panjang?


(lihatlah bertapa seorang ibu membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang)

Dari dikandung selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang dan ketika melahirkan kita terpakasa menyabung nyawa antara hidup dan mati. Kemudian dari kaki kita sebesar jari ibu kita di susukan, dibelai, dikucup, dimanja dengan rasa kasih yang tidak terhingga. Inilah pengorbanan ibu kepada kita.



Apabila kita mula pandai mengenal dunia, kita diberikan pendidikan agama, bersekolah hinggalah kita berjaya menjadi orang yang berguna. Ketika kita kecil sering ditimang sayang, dibelai penuh manja.

APABILA MENJADI REMAJA....


Siapakah yang bersalah? Ayah ibu atau anak-anak? Mungkin ada sesetengah keluarga langsung tidak mengendahkan anak-anak, tidak mustahil anak-anak menjadi liar dalam pergaulan. Akan tetapi bagaimana dengan ayah ibu yang prihatin terhadap anak-anaknya namun dalam diam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka turut terjebak gejala sosial kurang sihat.


Anak-anak ini telah pun berjaya, betapa bangganya ibu bapa mereka. Sayangnya diantara mereka walaupun berjaya atas berkat doa ibu dan titik peluh ayah membesarkannya, mereka ini masih tidak berjaya dalam hidup. Mereka antara sengaja atau tidak sengaja telah melupakan siapa yang membesarkan mereka. Alasan yang diberikan ialah sibuk sentiasa. Benar kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya, tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

INGATLAH JANGAN SAMPAI JADI BEGINI, MENYESAL TIDAK BERGUNA


Kita sebagai anak janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah, selagi mereka masih hidup, sewajibnya kita sentiasi mendampingi mereka. Jika dekat, jenguk-jenguk selalu, jika jauh berkirim salam. Hari ini alat perhubungan terlalu canggih, dail saja handpone walau dimana saja kita dah boleh bertanya kabar dengan ibu bapa kita di kampong.

Susah sangat ke nak menghubungi ibu bapa kita di kampung bertanya kabar? Kalau tak sempat hari ini, esokan ada. Luangkan sedikit masa untuk berbual dengan mereka. Mereka bangga, bahagia apabila kita sering bertanya kabar tentangnya. Alangkah sedih di hati mereka andainya kita tidak perduli apa yang berlaku dengan mereka.

INGATLAH DISUATU HARI NANTI KITA JUGA SEORANG IBU ATAU BAPA DAN KETIKA KITA DIMAMAH USIA, BAGAIMANA KALAU APA YANG KITA TELAH LAKUKAN KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA, IANYA TERJADI KEPADA KITA PULA. ...

Isnin, 11 April 2011

JADIKAN BLOG ANDA SEBAGAI PELUANG PERNIAGAAN TANPA MODAL


Kali ini saya ingin mendedahkan bagaimana saya memulakan perniagaan di internat. Bukan susah sebenarnya. Kalau tiada pc atau latop dan broadband, kan anda selalu ke sivercafe. Gunakan peluang keemasan sambil layan FB anda berniaga. Apa caranya?

1) Buat blog peribadi
2) Buat FB atau twitter (mungkin anda dah ada)
3) Buka dan cari blog blogger yang membina blog perniagaan. hubungi mereka dan berbincang tentang anda berminat untuk menjadi agen komisyen produk mereka. Apakah caranya? Mudah saja, gunakan sistem dropsif. Apa itu dropsif?
4) Dropsif ialah satu sistem dimana anda hanya membuat pembayaran kepada pembekal dan pembekal akan menghantar kepada pelanggan anda.
5) Gunakan akaun anda untuk urusan pembayaran dan menerima pembayaran dari pelanggan anda.
6)Jadikan handpone sebagai ruang urusan perniagaan anda dengan pelanggan.
7)Setelah mendapat persetujuan dalam perbincangan dengan pembekal, anda minta izin copy paste mana-mana produk yang anda ingin jual dari blog pembekal anda.
8)Paparkan produk pilihan utama yang anda rasa mudah dijual.
9)Iklankan blog anda secara percuma dengan mana-mana blog yang menyediakan khidmat iklan percuma, atua melalui forum.
10) popularkan blog anda melalui forum dan mana-mana blog yang memberi ruang percuma menulis tentang produk.
11)Peranan youtube amat penting. Jika anda pandai membuat slide atau filem ringkas tentang produk anda boleh guna youtube sebagai media paparan.
12) Sering melakukan entri baru di blog anda. Entri terbaik ialah menceritakan testimonia pengguna tentang produk anda dan cuba paparkan dimana-mana blog forum misalnya di gengblogger.

Sebagai contoh anda boleh gunakan blog ini sebagai rujukan di mana blog ini link dengan blog perniagaan online akak di http://mybusinessonline4u.blogspot.com

Jika ingin berlajar tentang bagaimana memulakan perniagaan tanpa modal di blog anda yang sedia ada sila sms ke no 017-3226718 atau email kepada akak di suterabiru898@gmail.com.

jika ingin jadi agen komisyen akak pun boleh.Keuntungan 20% hingga 30%, tanpa modal,tanpa perlu simpan stok dan tanpa mengurus penghantaran.

Ahad, 10 April 2011

HIDUP UMPAMA RODA,TAMPA RODA MANUSIA LUMPUH


Kita sering mendengar perpatah ini "HIDUP UMPAMA RODA, SEKEJAP DI ATAS SEKEJAP DI BAWAH" begitulah nasib BLOGGER, kalau join mana-mana forum tak cukup kuat idea tulisan maka tak ramai yang nak buka. Jadi kenalah menulis idea-idea baru yang tidak pernah orang tahu.

Dulu manusia cipta kereta kuda atau kereta lembu pakai roda kayu. Namun kenderaan tu pun dah tak nampak bayang. Kalau ada pun kereta lembu di Melaka di air Keroh. Naik sekejap nak rasa macam mana siksanya naik kereta lembu bayar RM10.00.

Basikal dulu pakai rim berlidi, patah 1 je rim pun bengkok. Perpatah ada menyatakan kekuatan manusia perlu macam penyapu, bila banyak maka boleh menyapu sampah. Cuba kalau sebatang sudah pasti tidak boleh dijadikan penyapu. Maknanya perpaduan itu penting sesama kita baru ada kekuatan dalam menyelesaikan masalah bersama.

Sekarang basikal dah pakai roda canggih, malah semakin cantik rebentuknya.Tayar basikal dah tubles,tak perlu pakai tiub macam dulu,kalau bocor maka kena tampal.Kadang sepanjang tiub tu ada sepuluh tampalan, bukan apa dok kampung mana mampu nak beli tiub selalu.Selagi boleh pakai maka tampal jelah..
Kalau dulu kereta pakai tayar mati, kemudian pakai tiub. Kini tayar kereta pakai tubless.Bocor masih boleh bergerak panduan.Cuma kalau berhenti je,angin akan keluar cepat. Sempatlah nak cari lokasi berhenti untuk menukar tayar gantian sementara. Tayar sekarang pula kena tibang, balensing,eliment dan kekuatan angin supaya panduan lebih selamat dan penjimatan tayar tidak cepat rosak.


Semakin manusia bijak mencipta benda-benda baru berteknologi maka kecanggihan akan wujud. Begitu juga sewajarnya manusia perlu sentiasa menitik beratkan ilmu sekalipun usia meningkat. Ilmu semakin baru semakin banyak perlu dipelajari.Roda amat diperlukan dalam hidup. Umpama kereta roda amat mustahak kepada mereka yang bermasalah lumpuh. Apapun biarlah lumpur angota badan jangan lumpuh pemikiran. Roda-roda kehidupan amat menitik beratkan keyakinan diri dalam menempuh dan mengharuhi kehidupan yang semakin mencabar. Pertimbangan akal amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. Roda-roda pemikiran terkadangkala mampu membunuh berjuta manusia dan mampu menyelesaikan masalah sejuta manusia.Dua pusingan rodak pemikiran ialah: pertimbangan cerdik dan pertimbangan bodoh.Maka roda pemikirian berlapiskan kecerdikan,hasilnya ialah kebijaksanaan. Jika roda pemikiran dimonopoli kebodohan maka kesusahan dan tidak mustahil kecelakaan menyelubungi kehidupan.

Khamis, 7 April 2011

Kejadian Anih Berlaku Dalam Hidup Aku dan Suami


Pada 12hb.julai, 2010

Aku dan suami ke Ipoh Perak atas urusan perniagaan. Kami bermalam di sebuah hotel yang sederhana boleh dikatakan 3 bintanglah. Oklah untuk melepaskan penat dan mengantuk. Selepas isyak kami berdua keluar mencari lokasi tempat mengisi perut, kira nak makan malamlah. Kami nak cari warong je, malas nak makan kat restoran. Cari punya cari tak juga jumpa. Akhirnya kami terpaksa singgah di restoran mamak pasal dah lapo bona.

Agak ramai juga restoran itu pengunjungnya, kebetulan ada show bola di skrin besar tv. Cari punya cari tempat duduk akhirnya kami ambil tempat di kaki lima jalan. Kat situ ada satu je kosong meja dan 3 kerusi.

Tak lama kami duduk, sorang pekerja restoran , mamaklah datang ambil oder. Sementara menunggu oder sampai kami bersembang berdua pasal business dan kontek di Ipoh yang bakal kami temui esok siangnya.

Selang beberapa minit makanan yang kami oder sampai. Kami makan sambil bersembang. Sedang elok kami bersembang, kami di datangi seorang gadis bertudung putih berbaju hijau. Gadis itu memberi salam sambil tersenyum.

"Asalammualaikum"
"Waalaikumsalam" kami membalas. Gadis itu tersenyum dan terus bertanya.
"Abang, kakak boleh saya tumpang duduk?"
"Silakan" Sambut suamiku, aku hanya tersenyum. Kebetulan ada satu lagi kerusi dimeja kami.
Gadis itu duduk.
"Jemput makan." Pelawa aku.
"Tak pe kak, saya nak duduk je, penat berjalan tadi."ujarnya..
"Berjalan? Dari mana hendak kemana?" Tanya suamiku.
"Saya dari PArit Buntar dan ke Ipoh." Jawap gadis itu sambil melemparkan senyuman.
"Jauh tu..." Sambut ku.
Gadis itu hanya tersenyum.
"Abang akak boleh saya minta tolong?"
"Tolong? Tolong apa?"Tanyaku.
"Ini selendang saya, kalaulah abang dan akak sempat saya minta tolong berikan pada ibu saya di kampong"Pinta gadis itu.
"Awak nak kemana?"Tanya suamiku.
"Saya nak pergi jauh." Ujarnya.
"Pergi jauh? Kemana?" Tanyaku.
"Entalah kak, saya tak pasti."
"Jangan macam tu, tak baik, bandaraya ni macam-macam boleh jadi."Nasihat suamiku.
"Tak mengapa, apa pun terjadi semuanya telah terjadi."Ujar gadis itu dan tiba-tiba di menitiskan air mata.
"Kenapa awak keluar dari rumah?"Tanyaku mencari kepastian.
"Abang, akak, saya ni mangsa keadaan...."

Gadis itu menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku.Kisanya dia telah dirogol oleh bapa tirinya berkali-kali. Sehinggalah dia tidak tahan dengan sikap rakus bapa tirinya dia mengugut bapa tirinya untuk membuat laporan polis.Tetapi bapa tirinya pula mengugut akan membunuh dia jika dia buat aduan. Sebab itulah gadis ini lari dari rumah.

Selepas selesai dia bercerita,agak setengah jam jugalah, kemudian gadis itu meminta izin untuk pergi. Puas kami memujuk untuk menolongnya namun dia tetap berkeras tidak mahu. Hanya dia minta tolong agar saya dan suami memulangkan selendang putihnya kepada ibunya di kampong.Mahu tidak mahu kami akhirnya bersetuju untuk menolongnya. Gadis itu memberi alamat lengkap kampongnya.

"Terima kasih abang,akak kerana sudi menolong saya.Jasa abang dan akak hanya Allah saja membalasnya.Asalammualaikum." Ujar gadis itu sambil bangun dan berlalui pergi.

Mata kami tak terlepas memandang setiap langkah kaki pemergian gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Entah kemana agaknya dia pergi hanya dia yang tahu.

Selama 2 hari kami diIpoh, dan akan pulang ke Kuala Lumpur,Kami singgah ke Parit Buntar, kekampong tempat gadis itu tinggal. Puas kami mencari alamat rumah gadis itu dengan bertanyakan setiap penduduk di situ. Akhirnya kami bertemu.

Apa yang pelik setiap orang yang kami tanyakan tentang alamat gadis itu, mereke akan bertanya satu soalan;"Awak ni siapa, untuk apa cari rumah gidis itu?" Kami hanya menjawap yang kami ini saudaranya dari Kuala Lumpur.

Sesampai di halaman rumah gadis itu dan setelah berkali-kali kami memberi salam, akhirnya kami disambut baik seorang perempua berusia 40an. Kami dijemput naik ke rumah. Kehadiran kami dihujani dengan pelbagai pertanyaan perempuan itu. Akhirnya kami menceritakan apa yang telah berlaku 3 hari yang lalu sewaktu kami diIpoh. Tiba-tiba saja perempuan itu menanggis teresak-esak. Kami binggung tidak tahu apa yang menyebabkan dia menanggis. Kami meneruskan cerita yang diceritakan gadis itu kepada kami kepada perempuan itu. Tiba-tiba saja perempuan itu kelihatan terkejut. Dia tidak percaya sama sekali apa yang kami ceritakan padanya.

"Encik, cik berdua, sebenarnya anak perempuan sulung saya dan meninggal dunia 7 bulan yang lalu."
"Meninggal?" Tanya suami aku terkejut, dan aku juga turut terkejut dengan berita itu.

Akhirnya perempuan itu menceritakan kejadian sebenar. Rupa-rupanya gadis itu telah dibunuh dengan kejap dan telah dilempar ke dalam sebuah parit. Siapa pembunuhnya masih tidak diketahui.Setelah kami menceritakan perihal gadis itu diperkosa bapa tirinya berkali-kali, perempuan itu memang terkejut.

"Ini bukti kami menjumpai arwahnya diIpoh." Ujarku sambil menhulur sehelai selendang berwarna putih yang memang milik gadis itu.Apa yang pelik selendah itu ada tompok-tompok titisan darah.. Selama kami menyimpannya tidak pun kami perasan adanya tompok-tompok darah.Suamiku membuat saranan supaya kes kematian anak perempuan itu dibuka semula dan dilaporkan kejadian perkosaan bapa tirinya.

"Tak palah encik, cik, segalanya telah berlaku dan berlalu, biarlah jadi satu kenangan antara pahit dan yang manis." Ujar perempuan itu.

Kami mendesak agar kes ini diberikan perhatian supaya penjenayah dihukum.

"Tak perlu encik,cik kalau sipembunuh ini hendak dihukum." ujar perempuan itu.
"Kenapa pulak?"Tanya aku keliru.
"Sebab Allah telah pun menghukumnya terlebih dahulu."ujar perempuan itu. Aku dan suami terperanjat.Sebenarnya selang beberapa hari jenazah gadis itu ditemui, bapa tirinya telah mati akibat pelangaran antara motorsikal dan sebuah lori batu.Inilah hukum alam yang Allah sendiri jadikan antar kebenaran dan kebatilan.

Setelah agak lama di rumah itu, kami meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang pemacuan kereta dijalan kampong itu, suami aku singgah sebentar di sebuah kedai runcit di simpang tiga untuk membeli rokok. Di situ juga mula-mula kami bertemu tuan punya kedai yang menunjukkan di mana rumah gadis itu.

Sewaktu masuk kekereta setelah suamiku membeli rokok,suami ku berkata;
"Awak nak dengar cerita tak?"
"Cerita apa lagi bang?" Tanyaku.
Suamiku pun bercerita panjang...ini kisahnya....

"Dah jumpa rumah tu?" Tanya tuan kedai itu.
"Sudah..."Jawab suamiku.
"Rumah tu dah lama tak penguni..."Jelas tuan kedai itu..
"Tak berpenghun?" Terperanjat suamiku.
"Kami baru saja bertemu ibu gadis itu."Ujar suamiku pada tuan kedai itu.
"Ibu pada gadis itu pun sebenarnya telah meninggal dunia seminggu selepas suaminya mati kemalangan akibat rumahnya terbakar hangus dan ibu gadis itu turut rentung." Jelas tuan kedai itu lagi.Kami suami isteri masih tidak percaya. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik melihat rumah itu semula. Alangkan terperanjat apabila sampai dihadapan rumah itu dan hanya kelihata semak samun serta saki baki tiang rumah yang terbakar berdiri tegak keran tidak sempat dijilat api.

Maha suci Allah yang menjadikan segala apa yang Dia mahukan....

Isnin, 4 April 2011

BENDA-BENADA PELIK DI DUNIA, KEAJAIBAN ALLAH

BAGAIMANA RASANYA KALAU ANDA MENEMUI BUNGA SECANTIK INI TAPI KELIHATAN AMAT PELIK? ADAKAH ANDA AKAN MEMETIKNYA.

Pelik tapi memang benar,Inilah kuasa Tuhan yang mencipta apa saja yang Dia mahu untuk tatapan kita sebagai hambanya supaya percaya tentang kekuasaan Allah s.w.t.

Apa perlu kita lakukan? Jika tersesat jalan kembalikan kepangkal jalan.Pintu taubat masih terbuka selagi nafas masih berhembus selagi jasat ini masih bergerak.


Tengok ni buah nangka pun hampir menyerupai manusia. Pelik tapi benar. Sebenarnya kita tak perlu pelik dengan benda-benda kejadian sebegini sebab ada pembuatnya. Tapi yang pelik sekarang ini, manusia tak pernah insaf tentang kesilapan mereka sehinggalah apabila mereka mendapat kecelakaan.
Apabila dah kodong kaki baru nak spto merempit. Apabila dah kena aid baru nak stop berzina, bila dah kena hukum penjara 20 tahun 20 sebatan baru nak berhenti merogol. entahlah macam mana nak diubah semua ni agar sempurna.


MAHUKAN ANDA BERUMAH DISEBUAH PULAI SEPERTI INI?

Sekarang ni usahkan kat pulau macam ni, berumah kat tepi pantai pun takut dah. Takut gempa bumi dan tsunami.. Tapi inilah manusia suka lakukan sewaktu yang boleh dijadikan sebagai simbolik atau kenangan abadi suatu hari ni.

Tapi kalau dah runtuh macam mana? Tinggal kenangan jelah yer.

Memang unikkan?

Apa anda fikir tentang photo ini?

SUAMI OH SUAMI

Benar kata orang tua-tua dulu, terutama emak kitalah, suami ni walau dah bertahun hidup bersama, kita masih sukar nak faham sikapnya. Memang benar lelaki ni suka menyimpan perasaan. Aku tak nak cerita pasal suami orang, memadai aku nak cerita pasal suami aku.

Ceritanya begini, aku pendekkan jelah. Petang semalam, suami aku seperti biasa menjemput aku pulang dari kerja selepas dia pulang dari pejabatnya. Memang suami aku ni jenis ambil berat pasal diri aku, pergi dan pulang kerja pasti dia yang menjemputnya kecuali kalau dia ada outstation, itu pun disurunya pemandu kedua peribadinya menjemput aku. Bertuah badan aku.

Petang semalam tetiba je suami aku jadi pendiam sepanjang malam sampai lah ke siang tadi baru dia ceria bergurau seperti biasa. Suami aku ni suka bergurau dengan sesiapa je tak kiralah sama ada dengan pembantu rumah aku (mate). Suami aku ni memang jenis happy sekalipun dia ada masalah dengan perniagaannya, namun kalau di rumah tak pernah dia bawa masalah pejabat pulang kerumah. Katanya rumah itulah syurga hidupnya, anak-anak jadi teman guraunya. Kebetulan anak aku yang dua orang ni memang manja dengan ayahnya. Sampaikan aku pun tak dipedulinya, maksud aku anak-anak akulah.

Berbalik soal tetiba saje suami aku jadi pendiam, aku agak pelik juga. Akhirnya aku dapat rasa aku ada buat silap dengannya. Baru aku sedar suami aku terasa hati dengan cakap-cakap aku semasa dalam kereta pulang kerja. Apa pun aku bersyukur suami aku jenis tak simpan lama dan mudah ceria semula. Benarlahkan kadang kala bila suami rasa tersinggung, maka besar dosa kita sebagai seorang isteri.

Tapikan macam mana dengan siteri yang sukabentak-bentak suami pulak yer? sebesar mana agaknya dosa dia terhadap suami? Moga kita sebagai isteri sedar tentang kita ni syurga dibawah kaki suami. Selagi suami tak buat hal dengan perempuan lain, maka janganlah kita durhaka kepadanya. Dan kalau kita dah tak suka dengan dia, adalah lebih baik berterus terang dan cari jalan penyelesaian. Jangan main kayu tiga simpan jantan di belakang suami. Dosanya tak terampun sama sekali, bukan saja tak masuk syurga malah cium pintu syurga pun tak dapat. Tuhan tak boleh mengampunkan kita, yang berhak suami kita. AWASSS!!!!