Isnin, 4 April 2011

SUAMI OH SUAMI

Benar kata orang tua-tua dulu, terutama emak kitalah, suami ni walau dah bertahun hidup bersama, kita masih sukar nak faham sikapnya. Memang benar lelaki ni suka menyimpan perasaan. Aku tak nak cerita pasal suami orang, memadai aku nak cerita pasal suami aku.

Ceritanya begini, aku pendekkan jelah. Petang semalam, suami aku seperti biasa menjemput aku pulang dari kerja selepas dia pulang dari pejabatnya. Memang suami aku ni jenis ambil berat pasal diri aku, pergi dan pulang kerja pasti dia yang menjemputnya kecuali kalau dia ada outstation, itu pun disurunya pemandu kedua peribadinya menjemput aku. Bertuah badan aku.

Petang semalam tetiba je suami aku jadi pendiam sepanjang malam sampai lah ke siang tadi baru dia ceria bergurau seperti biasa. Suami aku ni suka bergurau dengan sesiapa je tak kiralah sama ada dengan pembantu rumah aku (mate). Suami aku ni memang jenis happy sekalipun dia ada masalah dengan perniagaannya, namun kalau di rumah tak pernah dia bawa masalah pejabat pulang kerumah. Katanya rumah itulah syurga hidupnya, anak-anak jadi teman guraunya. Kebetulan anak aku yang dua orang ni memang manja dengan ayahnya. Sampaikan aku pun tak dipedulinya, maksud aku anak-anak akulah.

Berbalik soal tetiba saje suami aku jadi pendiam, aku agak pelik juga. Akhirnya aku dapat rasa aku ada buat silap dengannya. Baru aku sedar suami aku terasa hati dengan cakap-cakap aku semasa dalam kereta pulang kerja. Apa pun aku bersyukur suami aku jenis tak simpan lama dan mudah ceria semula. Benarlahkan kadang kala bila suami rasa tersinggung, maka besar dosa kita sebagai seorang isteri.

Tapikan macam mana dengan siteri yang sukabentak-bentak suami pulak yer? sebesar mana agaknya dosa dia terhadap suami? Moga kita sebagai isteri sedar tentang kita ni syurga dibawah kaki suami. Selagi suami tak buat hal dengan perempuan lain, maka janganlah kita durhaka kepadanya. Dan kalau kita dah tak suka dengan dia, adalah lebih baik berterus terang dan cari jalan penyelesaian. Jangan main kayu tiga simpan jantan di belakang suami. Dosanya tak terampun sama sekali, bukan saja tak masuk syurga malah cium pintu syurga pun tak dapat. Tuhan tak boleh mengampunkan kita, yang berhak suami kita. AWASSS!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan