Sabtu, 19 Mac 2011

KAKI ANGOTA PENTING UNTUK KITA

image


Sebut pasal kaki pasti yang sedang membaca artikal ini akan melihat kaki masing... Tak pe. Sebenarnya akak nak cerita tentang bagaimana menjaga kaki kita terutama tapak kaki, tumit, kuku dan celah-celah jari kaki.

Kadang kita lihat seorang perempuan itu pada kejelitaan wajah, kemudian payudaranya dan dari atas kebawah. Jarang benar kita nak melihat bagaimana bentuk kaki mereka terutama tapak kaki, kuku kaki dan tumit kaki.

Sebenarnya untuk menilai seorang itu pembersih tidak kira lelaki atau wanita senang saja. Lihat saja kaki mereka. Kalau kaki pun tak bersih, pecah-pecah tumit dan kuku panjang hitam berkarat, di situ jelas orang itu memang tidak pembersih. Belu lihat yang lain lagikan? Sendir jawaplah yer...heee.

Ok pada akak penting bukan saja wajah, tubuh badan alat sulit atau rambut dijaga sebaliknya kaki memainkan peranan penting dalam menilai seseorang itu pembersih dan jelita.

Akak nak beri tip mudah untuk menjaga tumit kaki dan kuku kaki. Ini tip untuk orang malaslah. Mungkin ada waktu walau 10 minit sewaktu kita pulang kerumah dari tempat kerja untuk berehat di sofa melepaskan lelah.

image

Ok senang saja, mula-mula sampai saja di rumah terus masak air panas atau masak air agak-agak suam kuku. Abil air suam kuku tu masukkan kedalam besen sepenuh agak-agak lepas paras buku lali kaki. Campurkan segengam atau dua gengam garam. Ambil saja garam kat dapur tu. Kacau biar rata dan rendam kaki ke dalam besen yang berisi air bercampur garam tu selama 20 minit atau nak lagi syok sampai air suam tu sejuk. Semasa merendam kaki tu gosok-gosoklah mana-mana bahagian kakui yang kita nampak kurangmenyenangkan hati.

Selepas tu semudah itu kita nak ketip kuku ( potong kuku) sebab kuku dah lembut. Seterusnya nak mandi pun boleh. Kesan air garam sebenarnya mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada rekahan kaki terutama tapak kaki. Untuk menghilangkan rekahan tumit kaki ambil asam jawa campur air sedikit dan gosok keseluruhan tumit kaki. Lakukan seminggu sekali kalau tak berkesempatan. Kalau lagi kerap lagi baik, tumit akan menjadi merah.

image

(photo garam halus)

Jika rajin ambl sireh tumbuk lumat-lumat kemudian sapukan pada tumit kaki. lakukan seminggu sekali. Bertujuan melembutkan dan memerahkan semula tumit kaki.

Mudahkan? Bagi yang tak malaslah, yang malas pergi spa je heeeee... Kemudian ulur je kertas yan bertanda RM. hehehe!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan