Selasa, 12 April 2011

KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA, SAYANGKAH ANDA DENGAN IBU ANDA?



("KEMANAKAN AGAKNYA ANAK-ANAK YANG TELAH KU BESARKAN?")

Kalau dulu kita pernah mendengar cerita si Tanggang Anak Durhaka, tidak mustahil hari ini ramai anak yang hampir sama dengan si Tanggan. Kalau tak melawan cakap ibu, terdapat sesetengahnya melupakan ibunya. Mereka ini kalangan manusia tidak pernah mengenang jasa kedua ibu dan bapa. Ada yang sanggup menghantar ibu dan bapa ke rumah orang tua. Ada yang langsung tidak pulang kekampung menjenguk kedua ibu bapa mereka sehinggalah hari kematian, barulah mereka sedar bertapa kedua ibu bapa itu sebutir permata yang tidak ternilai rupanya.

Ibu dan bapa, semakin tua nilainya amat tinggi, mereka ini ibarat Quran buruk, di baca tak boleh dibuang pun tidak boleh. Doa ibu terlalu indah dan tinggi disisi Allah. Apakah kita sedar semasa kedua mereka masih hidup ini wajib bagi kita membahagikan hati mereka seperti mana mereka membahagikan kita dari kaki sebesar ibu jari hinggalah kita besar panjang?


(lihatlah bertapa seorang ibu membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang)

Dari dikandung selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang dan ketika melahirkan kita terpakasa menyabung nyawa antara hidup dan mati. Kemudian dari kaki kita sebesar jari ibu kita di susukan, dibelai, dikucup, dimanja dengan rasa kasih yang tidak terhingga. Inilah pengorbanan ibu kepada kita.



Apabila kita mula pandai mengenal dunia, kita diberikan pendidikan agama, bersekolah hinggalah kita berjaya menjadi orang yang berguna. Ketika kita kecil sering ditimang sayang, dibelai penuh manja.

APABILA MENJADI REMAJA....


Siapakah yang bersalah? Ayah ibu atau anak-anak? Mungkin ada sesetengah keluarga langsung tidak mengendahkan anak-anak, tidak mustahil anak-anak menjadi liar dalam pergaulan. Akan tetapi bagaimana dengan ayah ibu yang prihatin terhadap anak-anaknya namun dalam diam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka turut terjebak gejala sosial kurang sihat.


Anak-anak ini telah pun berjaya, betapa bangganya ibu bapa mereka. Sayangnya diantara mereka walaupun berjaya atas berkat doa ibu dan titik peluh ayah membesarkannya, mereka ini masih tidak berjaya dalam hidup. Mereka antara sengaja atau tidak sengaja telah melupakan siapa yang membesarkan mereka. Alasan yang diberikan ialah sibuk sentiasa. Benar kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya, tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

INGATLAH JANGAN SAMPAI JADI BEGINI, MENYESAL TIDAK BERGUNA


Kita sebagai anak janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah, selagi mereka masih hidup, sewajibnya kita sentiasi mendampingi mereka. Jika dekat, jenguk-jenguk selalu, jika jauh berkirim salam. Hari ini alat perhubungan terlalu canggih, dail saja handpone walau dimana saja kita dah boleh bertanya kabar dengan ibu bapa kita di kampong.

Susah sangat ke nak menghubungi ibu bapa kita di kampung bertanya kabar? Kalau tak sempat hari ini, esokan ada. Luangkan sedikit masa untuk berbual dengan mereka. Mereka bangga, bahagia apabila kita sering bertanya kabar tentangnya. Alangkah sedih di hati mereka andainya kita tidak perduli apa yang berlaku dengan mereka.

INGATLAH DISUATU HARI NANTI KITA JUGA SEORANG IBU ATAU BAPA DAN KETIKA KITA DIMAMAH USIA, BAGAIMANA KALAU APA YANG KITA TELAH LAKUKAN KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA, IANYA TERJADI KEPADA KITA PULA. ...

2 ulasan:

  1. really miss my mak... baru isnin lepas balik dr kg... apelah mak shaye ngah buat skrg ek...?

    BalasPadam
  2. Untung siapa masih ada ibu bapa.. cam aku dh takde semua tu..

    BalasPadam