Khamis, 30 September 2010

BEBAS TERBANG

Alangkah seronoknya kalau kita dapat terbang bebas macam burung, kemana saja tiada yang menghalang. Itulah yang aku rasakan sekarang. Dulu lain sekarang lain. Inilah cerita kawan ku. Dia hidup bebas tidak lagi dikongkong suami. "Apa gunanya ada suami kalau makan hasil bini? Dok rumah tak berkerja. Dah dok rumah malas pulak nak tolong uruskan rumah tangga dan anak-anak ke sekolah." itulah ceritanya lagi.

"Hari-hari minta duit nak beli rokok, nak jumpa kawan." Sambungnya lagi. Tapikan sungguh macam tu dia taklah bercerai. Cuma laki dia ni macam dayus sikit biarkan isteri kerja dan bebas bergaul dengan sesiapasaja tak kira. Kawan aku ni pulak semakin kurang ajar dengan suami. cakap tak pernah lembut mesra. Nak kira macam mana tu aku pun tak tahu kira derhaka ke? Tapikan patutlah isteri buat macam tu, pasal nafkah isteri cari, suami tumpang sedap je. Tapikan menderhaka tetap menderhaka dan berdosa. Nama pun suami, syurga di telapak kaki suami. Kalau dah tak tahan daripada menderhaka tu baik berpisah, jadi dosa taklah bertambun. Itu pendapat akulah.

Satu cerita lagi pun pasal suami yang tak berkerja. Dulu suami ni berduit jugalah. Ada busines ada projek kira mewah. Bila drop busines terpaksalah suami dok rumah. Kabarnya suami dah 2 tahun dok rumah tengah mengira-gira cari peluang perniagaan baru. Maklumlah zaman sekarang ni tak macam dulu busines apa pun boleh kaya. Sekarang susah. Jadi suami ni kenalah akur cakap isteri, tak boleh bangkang sebab isteri pun glamour kerjaya pun hebat, makan pakai suami dan anak-anak isteri tanggung. Nak duit isteri bagi nak apa je isteri bagi. Baikkan isteri ni. suami pula kerjanya pagi kemas rumah, uruskan anak-anak ketadika, hantar isteri pergi kerja. Kira dah jadi suri rumahlah mengantikan isteri.

Malangnya isteri ni sungguh beri suami apa je suami nak, tapi tiap-tiap hari ada saja pertengkaran yang berlaku tak kria di rumah ke, dalam kereta ke, puncanya bila suami mintak duit sikit kat isteri, isteri mulalah melenting, bukan banak RM10 je, mulah mengungkit pasal duit yang dibagi. Susahkan macam tu, dah bagi macam tak ikhlas, ungkit. Tak berkat tak ada maknanya kalau keikhlasan di hati membantu suami susah. Suami ni menahan sabar dan terasa sangat dalam hati. Kalau suami dah terasa kecil hati, maknanya keberkatan isteri tak ada, para malaikat tak melindungi isteri dalam 40 hari ini kata ustazlah yang mengajar saya.

Kira suami ni malangnya bila minta duit sikit mesti isteri ungkit.Padahlah kerja rumah suami buat semua tanpa diarah. Yang peliknya suami minta duit si isteri, isteri ungkit-ungkit, Sampailah suami tak tahan, dia pun cari orang gaji, sebab suami dah penat kerja rumah bukan ada faedah, tak nampak mata isteri suami tu buat apa di rumah. Yang peliknya bab bayar orang gaji isteri boleh bagi, kan lebih baik bagi suami tu gaji, anggap suami tu macam orang gaji, jadi bolehlah suami tu menggunakan duit yang dibayar pada orang gaji tu untuk kumpul mulakan perniagaan baru ke. Ini cadangan aku je... Tapi kata si isteri ni suami dia dah banyak pakai duit dia, yee ke? tak tahulah saya, tak campur hal dia orang, cuma ini cerita luhan kawan-kawan.

Bab aku mujurlah nasib aku baik, suami penyayang, kerja rumah rajin buat, ada busines, duit dia duit aku, duit aku duit akulah. Suami aku pun handsome, So bersyukurlah aku, mujurlah aku ni bukan mulut celupar suka mengungkit dan cari gaduh dengan suami. Suami pun tak kisah dengan aktiviti aku, dia faham kerjaya aku, aku pun adalah batas pergaulan dengan lelaki, taklah bertepuk tampar berpelukkan ke. Bukan nak tunjuk baik tapi inilah hakikat kehidupan kan. Sebagai isteri kena jaga maruah, sekali orang pandang apa yang kita buat tak elok maka faham-faham jelah ,namapun isteri orang, bukan janda atau anak dara, kena ada batas. Bersentuhan dengan lelaki atau dipeluk lelaki dosa tu, suami tanggung sama. Apa perasaan suami bila tengok isteri dipeluk orang sekalipun dibelakang badan isteri. Tanyalah diri sendiri.

Ada satu cerita lagi, kisah suami yang malang juga ni. Isteri eksukutif berjawatan tinggi. Isteri sorok suami dia dari kawan-kawan, ramai kawan-kawan lama isteri yang tak tahu siapa suami dia. Sampailah sekarang rahsia tetap rahsia. Nak diceritakan hikayat, isteri ni malu sebab suami tua, jadi ada beberapa hal membuatkan suami ni terasa kecil hati bila kalau terserempak dengan kawan isteri, isteri mulalah suruhsuami jauh-jauh. Nak dijadikan cerita ada satu hari tu kisah suami yang berhenti kereta kat kedai nak beli rokok katanya, tetiba je ternampak dengan kawan si isteri yang tak nampak pun si isterinya itu sebab asyik beli buah-buahan disebelah kedai lain, si isteri dalam kereta terus cakap, jangan keluar, ada kawan tu. Suami hairan kenapa tak bagi keluar, pada hal kawan si isteri tu dah biasa nampak si suami. Mungkin si isteri malu kot. Jadi benganglah suami ni. Sejak tu dia terasa sangat dengan sikap si isteri. Lantas suami dah tekat tak akan jumpa atau bergaul dengan kawan-kawan si isteri. Sebab tu si isteri kalau ajak suaminya ke majlis yang dianjurkan syarikat tempat isteri kerja, suami tak nak ikut, sanggup pakai lusuh-lusuh jadi dereba kepada si siteri, hantar dan ambik. Tak salah si isteri juga, suami yang salah, patutnya kenalah kerja bergaji besar pakai kereta mewah baru isteri tak malu. Dah lah tua, kenalah sedar diri, isteri yang tanggung nafkah. Suami dok mengangkang kat rumah. Entahlah, apapun sebagai si isteri derhaka tetap derhaka. Soa nafkah suami tak dapat beri tu urusan dia dengan tuhan. Tapi kita kena ukurlah sejauh mana kesusahan suami tu pulak.

Tapi zaman sekarang dah terbalik, syurga di telapak kaki si isteri, maka si isteri tak berdosa dan yang berdosa si suami, kenalah suami minta ampun sembah isteri. Cuma yang saya kesalkan kisah-kisah ni semua ialah tentang nasib suami yang jatuh terduduk dalam busines terpaksa merangkak semula.Sementara dia nak mula tu, kita ni sebagai isteri kenalah bantu, kata hidup berumahtangga, berat sama di pikul ringan sama dijinjing. Saya bayangkan ini si suami masih tegap cuma belum ada rezki nak kaya, macam mana kalau suami tu jatuh sakit tepok ke, apa je yang tak langsung si suami mampu buat. Kalau masa ini isteri dah menderhaka, mungkin masa suami terlantar jawapnya isteri belahlah, tinggalkan suami. Betul juga kan! nak buat apa menanggung bangkai bernyawakan? Hantar je hospital ke, rumah orang tua ke, atau bagi racun tikus je.. senangkan?Siapa setuju. Entahlah...hari ini segalanya duit yang boleh membahagikan hidup, ada duit semua boleh buat, dan boleh berkuasa. Soal dosa dah tak perlu lagi.

Tapi apapun selagi suami itu suami kita, kenalah kita jangan derhaka. Kalau bantu suami biarlah ikhlas,ingatlah dia suami kita. Kalau tak terdaya nak tanggung beban, senang je pergi mahkamah minta pisah, Cerailah kemudian kalau masih cun melecun carilah jantan kaya yang boleh kasi kemewahan. Senangkan daripada buat dosa setiap masa. Hati manusia ni sensetif, kalau kita ada perasaan kecil hati apa lagi suami....

Sedih, pilu,duka adalah lumrah kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan