Khamis, 7 April 2011

Kejadian Anih Berlaku Dalam Hidup Aku dan Suami


Pada 12hb.julai, 2010

Aku dan suami ke Ipoh Perak atas urusan perniagaan. Kami bermalam di sebuah hotel yang sederhana boleh dikatakan 3 bintanglah. Oklah untuk melepaskan penat dan mengantuk. Selepas isyak kami berdua keluar mencari lokasi tempat mengisi perut, kira nak makan malamlah. Kami nak cari warong je, malas nak makan kat restoran. Cari punya cari tak juga jumpa. Akhirnya kami terpaksa singgah di restoran mamak pasal dah lapo bona.

Agak ramai juga restoran itu pengunjungnya, kebetulan ada show bola di skrin besar tv. Cari punya cari tempat duduk akhirnya kami ambil tempat di kaki lima jalan. Kat situ ada satu je kosong meja dan 3 kerusi.

Tak lama kami duduk, sorang pekerja restoran , mamaklah datang ambil oder. Sementara menunggu oder sampai kami bersembang berdua pasal business dan kontek di Ipoh yang bakal kami temui esok siangnya.

Selang beberapa minit makanan yang kami oder sampai. Kami makan sambil bersembang. Sedang elok kami bersembang, kami di datangi seorang gadis bertudung putih berbaju hijau. Gadis itu memberi salam sambil tersenyum.

"Asalammualaikum"
"Waalaikumsalam" kami membalas. Gadis itu tersenyum dan terus bertanya.
"Abang, kakak boleh saya tumpang duduk?"
"Silakan" Sambut suamiku, aku hanya tersenyum. Kebetulan ada satu lagi kerusi dimeja kami.
Gadis itu duduk.
"Jemput makan." Pelawa aku.
"Tak pe kak, saya nak duduk je, penat berjalan tadi."ujarnya..
"Berjalan? Dari mana hendak kemana?" Tanya suamiku.
"Saya dari PArit Buntar dan ke Ipoh." Jawap gadis itu sambil melemparkan senyuman.
"Jauh tu..." Sambut ku.
Gadis itu hanya tersenyum.
"Abang akak boleh saya minta tolong?"
"Tolong? Tolong apa?"Tanyaku.
"Ini selendang saya, kalaulah abang dan akak sempat saya minta tolong berikan pada ibu saya di kampong"Pinta gadis itu.
"Awak nak kemana?"Tanya suamiku.
"Saya nak pergi jauh." Ujarnya.
"Pergi jauh? Kemana?" Tanyaku.
"Entalah kak, saya tak pasti."
"Jangan macam tu, tak baik, bandaraya ni macam-macam boleh jadi."Nasihat suamiku.
"Tak mengapa, apa pun terjadi semuanya telah terjadi."Ujar gadis itu dan tiba-tiba di menitiskan air mata.
"Kenapa awak keluar dari rumah?"Tanyaku mencari kepastian.
"Abang, akak, saya ni mangsa keadaan...."

Gadis itu menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku.Kisanya dia telah dirogol oleh bapa tirinya berkali-kali. Sehinggalah dia tidak tahan dengan sikap rakus bapa tirinya dia mengugut bapa tirinya untuk membuat laporan polis.Tetapi bapa tirinya pula mengugut akan membunuh dia jika dia buat aduan. Sebab itulah gadis ini lari dari rumah.

Selepas selesai dia bercerita,agak setengah jam jugalah, kemudian gadis itu meminta izin untuk pergi. Puas kami memujuk untuk menolongnya namun dia tetap berkeras tidak mahu. Hanya dia minta tolong agar saya dan suami memulangkan selendang putihnya kepada ibunya di kampong.Mahu tidak mahu kami akhirnya bersetuju untuk menolongnya. Gadis itu memberi alamat lengkap kampongnya.

"Terima kasih abang,akak kerana sudi menolong saya.Jasa abang dan akak hanya Allah saja membalasnya.Asalammualaikum." Ujar gadis itu sambil bangun dan berlalui pergi.

Mata kami tak terlepas memandang setiap langkah kaki pemergian gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Entah kemana agaknya dia pergi hanya dia yang tahu.

Selama 2 hari kami diIpoh, dan akan pulang ke Kuala Lumpur,Kami singgah ke Parit Buntar, kekampong tempat gadis itu tinggal. Puas kami mencari alamat rumah gadis itu dengan bertanyakan setiap penduduk di situ. Akhirnya kami bertemu.

Apa yang pelik setiap orang yang kami tanyakan tentang alamat gadis itu, mereke akan bertanya satu soalan;"Awak ni siapa, untuk apa cari rumah gidis itu?" Kami hanya menjawap yang kami ini saudaranya dari Kuala Lumpur.

Sesampai di halaman rumah gadis itu dan setelah berkali-kali kami memberi salam, akhirnya kami disambut baik seorang perempua berusia 40an. Kami dijemput naik ke rumah. Kehadiran kami dihujani dengan pelbagai pertanyaan perempuan itu. Akhirnya kami menceritakan apa yang telah berlaku 3 hari yang lalu sewaktu kami diIpoh. Tiba-tiba saja perempuan itu menanggis teresak-esak. Kami binggung tidak tahu apa yang menyebabkan dia menanggis. Kami meneruskan cerita yang diceritakan gadis itu kepada kami kepada perempuan itu. Tiba-tiba saja perempuan itu kelihatan terkejut. Dia tidak percaya sama sekali apa yang kami ceritakan padanya.

"Encik, cik berdua, sebenarnya anak perempuan sulung saya dan meninggal dunia 7 bulan yang lalu."
"Meninggal?" Tanya suami aku terkejut, dan aku juga turut terkejut dengan berita itu.

Akhirnya perempuan itu menceritakan kejadian sebenar. Rupa-rupanya gadis itu telah dibunuh dengan kejap dan telah dilempar ke dalam sebuah parit. Siapa pembunuhnya masih tidak diketahui.Setelah kami menceritakan perihal gadis itu diperkosa bapa tirinya berkali-kali, perempuan itu memang terkejut.

"Ini bukti kami menjumpai arwahnya diIpoh." Ujarku sambil menhulur sehelai selendang berwarna putih yang memang milik gadis itu.Apa yang pelik selendah itu ada tompok-tompok titisan darah.. Selama kami menyimpannya tidak pun kami perasan adanya tompok-tompok darah.Suamiku membuat saranan supaya kes kematian anak perempuan itu dibuka semula dan dilaporkan kejadian perkosaan bapa tirinya.

"Tak palah encik, cik, segalanya telah berlaku dan berlalu, biarlah jadi satu kenangan antara pahit dan yang manis." Ujar perempuan itu.

Kami mendesak agar kes ini diberikan perhatian supaya penjenayah dihukum.

"Tak perlu encik,cik kalau sipembunuh ini hendak dihukum." ujar perempuan itu.
"Kenapa pulak?"Tanya aku keliru.
"Sebab Allah telah pun menghukumnya terlebih dahulu."ujar perempuan itu. Aku dan suami terperanjat.Sebenarnya selang beberapa hari jenazah gadis itu ditemui, bapa tirinya telah mati akibat pelangaran antara motorsikal dan sebuah lori batu.Inilah hukum alam yang Allah sendiri jadikan antar kebenaran dan kebatilan.

Setelah agak lama di rumah itu, kami meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang pemacuan kereta dijalan kampong itu, suami aku singgah sebentar di sebuah kedai runcit di simpang tiga untuk membeli rokok. Di situ juga mula-mula kami bertemu tuan punya kedai yang menunjukkan di mana rumah gadis itu.

Sewaktu masuk kekereta setelah suamiku membeli rokok,suami ku berkata;
"Awak nak dengar cerita tak?"
"Cerita apa lagi bang?" Tanyaku.
Suamiku pun bercerita panjang...ini kisahnya....

"Dah jumpa rumah tu?" Tanya tuan kedai itu.
"Sudah..."Jawab suamiku.
"Rumah tu dah lama tak penguni..."Jelas tuan kedai itu..
"Tak berpenghun?" Terperanjat suamiku.
"Kami baru saja bertemu ibu gadis itu."Ujar suamiku pada tuan kedai itu.
"Ibu pada gadis itu pun sebenarnya telah meninggal dunia seminggu selepas suaminya mati kemalangan akibat rumahnya terbakar hangus dan ibu gadis itu turut rentung." Jelas tuan kedai itu lagi.Kami suami isteri masih tidak percaya. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik melihat rumah itu semula. Alangkan terperanjat apabila sampai dihadapan rumah itu dan hanya kelihata semak samun serta saki baki tiang rumah yang terbakar berdiri tegak keran tidak sempat dijilat api.

Maha suci Allah yang menjadikan segala apa yang Dia mahukan....

2 ulasan: