Sabtu, 15 Mei 2010

Indahnya Hidup Ini... Ianya kurniaan Tuhan...Anda Tentu Tahu Di mana keindahan Hidup Anda sebenarnya. Jika Masih Tidak Tahu...Bacalah Ruangan ini...


Sebenarnya hidup ini terlalu indah. Kita dijadikan terbaik di dunia berbanding dengan mahkluk yang lain. Indah paras rupa dan susuk tubuh. Indah bahasa, Indah bicara dan yang terindah sekali ialah percintaan antara dua insan berbeda (lelaki dan perempuan). Bukan kah itu indah namanya. Teramat indah lagi ada pada kita ialah perasaan. Kita punya sesuatu yang unik, akal fikiran, hati dan otak untuk menilai erti perasaan yang terbendung. Perasaan terbendung itu terlalu unik. Kita merasa sepi, kecewa,malu, takut, berani, duka, terharu, suka, marah, geram, dendam dan paling indah kita punya perasaan nafsu yang mendorong untuk melakukan, menerima apa juga keperluan hidup. Perasaan kita sering tidak seiring dengan apa yang kita rasakan. Terkadang ketika suasana begitu gembira, mungkin kita sedang berduka sekalipun kita mempermainakan peranan untuk sama-sama bergembira namun di sebalik hati dan perasan kita tiada siapa yang tahu ketika itu kita sedang berduka...

Apapun sekalipun kita di dalam kedukaan, ketika kita meraikan kegembiraan org lain, sewajarnya kita sempurnakan keceriaan di majlis itu agar ianya tidak menjadi pelbagai persoalan yang mungkin boleh menyentuh hati seseorang atau kita juga sendiri tidak merasa seronok. Lupakan seketika kedukaan, Lontarkan kenangan itu, tenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang, seterusnya berikan perhatian terbaik dalam majlis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan