Jumaat, 14 Januari 2011

JANJI APAKAH ERTINYA?

Terkadang kita sering terlupa dengan janji-janji kita terutama kepada Yang Maha Esa apalagi dengan sesama manusia. Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa kita terlupa dengan janji-janji yang telah kita lafaskan. Terutama janji-janji kita kepada diri kita.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah
1)terlupa
2) sengaja dilupakan
3) Terabai
4)melupakan untuk seketika
5) atas sebab kewangan dan masa
6) atas sebab masalah peribadi dan mungkin banyak lagi. Namun sepenerima janji terus menagih janji-janji kita.

Sang kekasih terus menagih janji tentang cinta yang kita lafaskan dan ungkapan ingin hidup bersama hingga akhir hayat.

Si isteri juga sama menagih janji suami tentang kenikmatan hidup bersuami isteri. Lantaran sering terabai akibat beberapa sebab.

Si anak turut menagih janji ibu dan ayah apa yang dimintanya.

Si peminjam hutang turut menagih janji si piutang bila nak bayar dan mengapa tidak mahu bayar. Sehingga menjadi macam-macam kes pembunuhan dan seksaan.

Yang sering kita abaikan ialah janji-janji kita pada Yang Maha Esa. Bila akan kita lakukan hanya kita sahaja yang menentukannya. Namun Yang Maha Esa terus memerhatikan setiap langkah dan gerak geri kita hingga ke akhir hayat....

Entahlah...Kadang kala kita buka tak mahu menyelesaikan semua janji kita. Biasalah manusia mana mungkin tekeluar dari membuat kesilapan. Kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan.

Tetapi yang sering kita rasa bersalah apabila kita sering didesak dengan pelbagai tomahan. Kalau tak tepati janji maka kita dihukum sebagai pembohong. Sedangkan orang yang menghukum kita itu pun sama seperti kita tak kurang juga lalai menunaikan janji. Tak tepati janji kita dikatakan munafiq apakah ini hukum karma yang memestikan seseorang itu sentiasa menepati janji?

Lewat datang dating kekasih kata kita tak tepat janji sedangkan janji pukul 2, keluar rumah pukul 1 tiba-tiba diperjalanan jem pulak. Atau kereta rosak atau macam-macam lagi masalah yang membuat kita tergendala perjalanan.

Begitu juga kita lewat membayar hutang, kita dikenakan hukuman tidak mahu bayar hutang sedangkan tiba-tiba saja bulan itu wang yang kita peruntukan untuk membayar hutang tiba-tiba hilang. Si penyewa rumah pun kata kita ni tak tepat janji, yang menyedihkan kita diseuruh keluar. Inikah hukum karma atau hukuman manusia sesama manusia? Kita renung-renungkan dan fikirkanlah mengapa ini semua terjadi dan apakah tindakan kita sebagai manusia bergelar insan. Apakah tiada jalan terbaik untuk menjadikan perkataan JANJI itu sebagai satu keputusan belum mutamat dan perlu ada tindak balas agar memberi peluang sehingga JANJI itu dapat ditunaikan. Namun JANJI pada ALLAH tidak wajar kita abaikan sekalipun pintu taubat sentiasa terbuka dan ALLAH sentiasa menerima kita di sisinya. Semoga anda semua digolongan insan yang mengenali siapa yang mencipta kita sebagai hamba yang dilontar kemuka bumi ini. Semoga kita sentiasa siberkati dan dirahmati-NYA amin...