Ahad, 10 April 2011

BENARKAH ALAM BUNIAN WUJUD?

(photo: Istana dikaitkan tempat tinggal jin) dan (photo: Tasik Bunian)

Apa yang menarik kkisah orang bunian ini sering dikaitkan dengan 2 perkara: 1) Ilmu kedukunan atau bomoh dan 2) Misteri Alam Raib. Tidak terkecuali sesat di hutan dan pertemuan dengan perkampungan alam bunian.

Sebenarnya tiada makhluk bernama bunian di dunia ini. Namun gelaran bunian ini dicipta oleh orang melayu apabila suatu ketika dulu mereka kedengaran suatu bunyi-bunyian yang anih. Menurut kajian pakar-pakar ilmu raib bunian sebenarnya kalangan jin. Di dunia ini ada 5 mahkluk yang menghuninya; manusian, haiwan, jin, syaitan dan tumbuh-tumbuhan.
Namun lagenda nama orang bunian ini diambil dari perkataan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh jin. Jin merupakan golongan mahkluk Allah yang dikatakan berteknologi tinggi. Jin mempunyai perkampungan sendiri dan memiliki sistem beraja. Jin mampu menyerupai manusia yang secantik-cantiknya dan setampan-tampannya berbanding kecantikan manusia sendiri.

Kita sering dengar ada orang sesat di hutan kemudian bertemu perkampungan jin dan puteri jin. Lagenda puteri gunung ledang pun dikatakan melibatkan mahkluk jin. Tidak mustahil juga golongan syaitan dan iblis.

Jin juga boleh menyerupai manusia dan tinggal bersama-sama manusia. Sebab itu kita sering mendengar adanya perkahwinan jin dengan manusia. Antara benar atau tidak kita masih lagi tidak pasti. Namun semua itu kehendak Tuhan dan Allah saja yang mengetahui kerana Segalanya adalah ciptaan-Nya.

(photo hutan simpan yang dikatakan tempat bunian/photo burung cenderawasih peliharaan jin dan photo batu milik jin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan