Selasa, 1 Jun 2010

MANDI BUNGA CARI JODOH... AMALAN WARISAN NENEK MOYANG KITA

Sebut pasal mandi bunga ni, minggu depan dalam bulan June ni cuti sekolah. Sudah tentu musim pengantin baru. Pelbagai persiapan telah diatur bagi memeriahkan majlis yang mungkin sekali seumur hidup jika panjang jodohlah, kalau tak panjang jodoh dapatlah rasa naik pelamin kali kedua, ketiga atau keempat. Bagi yang berkahwin empat kira beruntunglah naik pelamin 4 kali.

Bukan saja perhiasan pelamin mesti cantik, bilik tidur pun mesti cantik, pengantin perempuan pun kena cantik berseri. Kalau tak berseri, maka taklah di namakan pengantin. Pasangan raja sehari ini perlu dihias dengan pakaian yang sesuai. Hari ini beranika jenis fesyen telah tersedia oleh pereka-pereka pakaian pengantin. Cuti sekolah mak andam tak menang tangan, masyukkkk!!! Tapi zaman sekarang majlis perkahwinan tidak seperti zaman dahulu memang bermusim, sekarang boleh dikatakan setiap hari ada saja majlis perkahwinan.

Zaman dulu kalau nak adakan majlis perkawinan kenalah buat persiapan awal.Kurang-kurang setahun dah sedikit demi sedikit keluarga pengantin terutama sebelah perempuan membuat persiapan. Kalau di kampung, kayu api kena simpan, balai tempat masak kena bina, kayu untuk buat balai tetamu kena cari lebih awal sebab dulu balai tetamu dibina guna buluh dan beratap nipah.

Sebelum majlis di adakan, penduduk kampung berkumpul untuk berbincang tentang persiapan, masakan, penagah, dulu di sebut rewang... Kemudian tetamu yang di jemput, pendek kata macam lagilah. apa yang menyeronokan satu kampung bergotong royong menyiapkan juada dan kelengkapan asas majlis. Selain dari tu setiap keluarga diwajibkan memberi apa saja keperluan untuk majlis antaranya telur, ayam, beras, gula dan bermacam-macam lagi,Jadi kos persiapan untuk juadah tak memerlukan belanja yang besar. Dahulu hantaran pengantin antara RM1000 ke Rm1500. Itu pun dah kira tinggi harganya..Maklumlah nilai mata wang dahulu dengan sekarang berbeza.

Sekarang... Nak kahwin senang je, janji ada duit. Tak payah nak rewang memasak, catering ada, oder, pelamin tak payah buat sendiri, mak andam dah sediakan, balai tetamu tak payah dibina, cnopy melambak...kalau kaya buat di hotel atau sewa dewan...Janji siapkan duit je.. Wang hantaran kalau tak ada RM10 ribu ke atas janganlah cuba-cuba nak minang anak dara orang. Tak cukup Rm10 ribu tu sekarang ni... Mahu setidak-tidaknya RM20k...Tu yang lelaki sekarang takut nak kahwin, sebab nak kumpul duit RM10k mahunya 10 tahun... Maklumlah kalau gaji Rm1200 mana nak cukup simpan duit... Sebab tu gadis sekarang lambat kahwin sebab lelaki takut nak masuk meminang pasal tak cukup duit...Silap-silap tak ada duit langsung...
Dahulu kalau nak adakan majlis perkahwinan biasanya tengok bulan Islam. Pantang sangat bagi majlis perkahwinan diadakan pada bulan Muharam, Safar. Entah mengapa pandangan masyarakat Melayu dahulu tentang bulan tersebut masih menjadi tanda tanya. Sedangkan dalam islam tidak pernah mengharamkan sesuatu majlis yang baik di adakan pada bulan-bulan tersebut. Secara jelas tiada bulan islam yang membawah bala dan bincana. Hari ini bukan bulan Muharam atau Safar majlis di adakan, malah sehari lagi nak menghampir bulan Ramadhan pun ada majlis perkahwinan... Apapun yang penting keharmonian rumahtangga kekal berpanjangan bukanlah kerana bulan, tetapi kerana sikap pasangan itu sendiri. Bercinta bertahun-tahun, kahwin seminggu cerai...ada juga yang lepas malam pertama cerai..mesti ada sebabkan? "Lu fikirlah sendiri," bak kata pelawak Nabil... guna pakai bahasa dia sekejap...

Berbalik soal mandi bunga ni, memang sudah jadi satu budaya untuk para pasangan pengantin yang bakal mengakhiri dunia bujang mereka, mandi bunga. Selalunya bakal pengantin perempuan diutamakan mandi bunga untuk tujuan menaikan seri pengantin.
Dahulu mandi bunga ni adalah salah satu istiadat budaya Melayu dan Masyarakat Jawa. Pasangan pengantin akan di mandikan bunga... Tidak terkecuali mandi bunga (istiadat bersiram) juga diadakan dalam istiadat perkahwinan raja-raja dan sultan. Hari ini ianya bukan lagi satu istiadat yang perlu. Sudah berkurang upacara mandi bunga diadakan.

Hari ini kalau nak mandi bunga tidak seperti dahulu. Dulu bila nak mandi bunga, mak andam memainkan peranan memandikan si pengantin perempuan atau berpasangan. Hari ini terdapatnya banyak spa yang menyediakan perkhidmatan mandi bunga, maka bakal pengantin perempuan bolehlah berkunjung ke spa yang menawarkan perkhidmatan ini.

Mengikut amalan mandi bunga oleh warisan nenek moyang kita dahulu, ada banyak sebab. Antaranya untuk tujuan dapat jodoh cepat bagi anak gadis, untuk menambah seri wajah, untuk sentiasa dipandang cantik dan menawan dan begitu juga untuk menaikan seri bakal pengantin ketika bersanding. Mandi bunga juga boleh diamalkan setiap seminggu sekali, mandi dirumah sajalah, tak payah pergi spa, tapi kalau nak resst boleh pergi sebulan sekali..Tenang je bila dok dalam bartap...Berendam. Kalau buat sendiri, beli banyak jenis bunga yang wangi-wangi kemudian campur limau nipis ke limau purut ke...mandi le...

Ada juga yang mandi bunga, yang diamalkan para bomoh dahulu untuk membuang saka, sial badan, lambat dapat jodoh dan macam-macam jenis penyakit misteri. Kepercayaan seperti ini semakin hari semakin pupus dan tidak ramai bomoh yang boleh melakukan rawatan seperti itu. Kalau ada pun, awasss!!! penipuan . Hari ini terdapat bomoh yang mengambil kesempatan bukan saja untuk mendapatkan wang, malah silap-silap tubuh jadi pemuas nafsu mereka. Kita sering mendengar berita tentang perkara seperti ini berlaku.

Di Jamu Mak Dara juga menyedikan mandian bunga untuk bakal pengantin (perempuan sahaja) disamping menawarkan khidmat urutan tubuh badan. Pada anda yang berminat untu mandi bunga bolehlah menghubungi saya... Promot sekejap ni heeee...

Apakah rahsia tersembunyi mandian bungan ini dan bungaan jenis yang macam mana perlu diambil untuk tujuan mandi bunga?
Pilihlah bunga-bunga yang berbau harum dan yang masih segar, kerana wangi kesegaran bunga ini akan meresap ke tubuh kita ketika mandian dilakukan. Antara rahsia yang tersirat didalam kandungan bungaan seperti berikut:

* Keharuman Bunga Mawar merah - memberikan satu kesegaran dan menjadikan sesorang itu lebih berani serta berkeyakinan diri.
*Keharuman Bunga Mawar putih - Warna putih ini mampu menjadikan tubuh badan kita segar, menyucikan badan agar nampak lebih berseri.

*Keharuman bunga cemaka putih - mampu melembutkan serta mewangikan badan.

* Keharuman bunga cempaka kuning- mampu menaikan seri wajah dan mewangikan tubuh bandan.
* Keharuman bunga melur putih dan kuning - ianya dapat menyucikan dalaman kita.

* Keharuman bunga kenanga - dikatakan menaikan seri seseorang dan membuatkan seseorang itu senang didekati.

Selain bunga-bungaan , peranan limau nipis dan limau purut amat penting, ianya digunakan dalam mandian bertujuan untuk membuang kotoran badan dan membuka pori supaya aura seri bunga dapat bergabung dengan aura badan seseorang dengan sempurna. Ada juga ditambah dengan limau susu untu tujuan melembutkan kulit.


Dapatkan produk Jamu Mak Dara Untuk Isteri Anda. Kenikmatan luar biasa hebat dan Vegrow untuk kesempurnaan luar biasa suami, hebat, tahan lama dan keras padat. Hubungi 017-3226718


(artika ini ditulis pada 2hb.Junw.2010 11.00 pagi)